Thursday, November 12, 2015

Siti dah mengandung, nini bila lagi?

Ingatkan bulan ni akan lebih mudah dan tenang. Rupanya mimpi di siang hari. Tapi lebih baik lah kot dari bulan lepas. Bulan lepas dari cd1 aku dah huru hara fikir nak pregnant, over. Bulan ni, pada hari ini iaitu lagi 6 hari nak af. Maka gemutuh itu datang lagi. Mengocak hati dan otak. Dan aku serabut. 

Bulan lepas siap ada spotting seminggu sebelum period, 2 hari. Sama macam aku mc sebelum ni. Berbunga hati beb, serius macam wah besarnya potensi mungkin aku pregnant lagi. Belum diizinkan Allah, af datang dua hari awal dari dijangka. Bulan ni aku decide tak makan apa apa supplement. Konon tak nak fikir sangat, tapi hari ini aku tewas.

Dan bulan lepas aku terjumpa artikel ni, katanya stress orang yang struggle dengan infertility macam aku ni sama level dengan stress orang menghidap kanser. Agaknya betul, sebab bila bila sahaja airmata aku ni sedap mengalir, kadang tak ada punca tiba-tiba stress sendiri. Tak ingat bila saat terakhir aku tak fikir pasal baby. Dan tadi juga aku terjumpa ayat ni, kesenangan yang datang dengan sebelum bencana datang, itu bala. Kesukaran yang panjang sebelum datang nikmat, itu ujian. Allah tahu aku lebih mampu menanggung ujian dari menanggung bala.Alhamdulillah.

Sunday, August 23, 2015

Craziest 2 weeks wait

Nak kawin haritu pun tak neves camni okey. Aku rasa nak berdesup pergi klinik skrg jugak. I need to know if my baby is still there. Wan cakap tenanglah, jangan fikir sangat. camanaaaaaa??? Ni badan aku, rahim aku. Melekat kat badan aku ni. Camane aku nak lupa? Dan paling penting, ni anak aku. Dah setahun aku tunggu dia datang. Bila dah melekat macam ni pulak. Allah memang tengah uji emosi aku. Harap aku tak gila nak tunggu Jumaat depan. Sekarang ni aku dah separuh gila okey. Harap-harap baby okey..

Tuesday, August 18, 2015

penat

Akhir-akhir ni aku perasan emosi laki bini masing-masing huru hara. Bila aku ingat-ingat balik yelah kan dah dekat 4 minggu ni memang kami ni takde rehat. 3 minggu lepas ke Melaka hantar Naim. Minggu lepas tu ke Pagoh anak Bik Ru kawin, minggu ni ke Batu Pahat tengok Azi tauliah inspektor. Dengan hormon aku yang tak tentu hala ni. Period 10 hari tak pernah-pernah, dgn stress baby aku yg tak jadi. Allah sayang aku. Sesekali dia cuma jentik dengan benda-benda kecik camni dah nak depressed sangat poyo lebih.

Bila hati tengah macam ni, aku mesti cari semangat dengan ingat apa-apa yang aku pernah baca atau dengar. Bila rasa nak mengeluh macam ni, aku selalu fikir ni ke tindakan orang bersyukur. Aku selalu cakap syukur apa yang ada, tapi bila macam ni dah nak mengeluh. Syukurlah sangat kan. Kak Di pernah tulis yang Allah nak bagi kita rezeki ni ikut sikap. Kalau dia bagi kita gaji 3000 pun kita tak boleh hargai, tak manfaatkan ubtuk benda yang memanfaatkan orang, macamana dia nak bagi kita gaji rm10k? Allah bagi aku suami, pun aku dah nak mengeluh penat, camana dia nak bagi aku zuriat. Baru buat bisnes untung 4-500 sebulan dah mengeluh penat, camane dia nak bagi aku untung 2-3k sebulan? Syukurlah hati. Bahagialah dengan apa dia beri sama ada kita suka atau tak. Apa yang dia beri semua bersebab. Lets be happy.

Tuesday, August 11, 2015

broken

Aku ni memang spesies susah stress sebab aku selalu buat semua benda jadi mudah. Satu je pegangan hidup aku, semua benda dicipta berpasangan. Allah akan hadirkan masalah dengan penyelesaiannya, macam jodoh, cepat atau lambat kita akan jumpa jugak penyelesaian masalah kita.

Sepanjang 1 tahun lebih perkahwinan aku dgn Wan, aku bahagia. Tapi perjalanan bahagia tanpa anak ni memang penuh ombak, obor-obor yang asik nak menyengat. Kadang aku boleh elak, kadang aku yang rela dielak. Setiap bulan bila dekat dengan tarikh period adalah hari paling mendebarkan untuk aku. Bila sampai harinya, aku akan menangis menangis dan menangis. Rasanya dah hampir 6-8 bulan aku akan lalui benda yang sama. Aku tak tau lah normal ke tak untuk orang uang baru setahun kawin, belum ada zuriat berkeadaan macam ni. Entahlah aku tak peduli. Sebenarnya Wan sendiri pun tak tahu yang aku tengah struggle hadapi benda ni. Ye dia tau aku stress, tapi taklah sampai tahap ni. Tapi  bulan ni tahap aku broken, aku patah.

I had my chemical pregnancy, and it hurts me. Aku hancur.

Monday, March 16, 2015

naik harga lepas gst??

Omg uols. I is kenot brain my brain. Aku macam selama ni ah lantaklah gst, aku nak jerit maki marah camane sekali pun aku tak rasa akan bagi kesan pape kat keputusan kerajaan tu kan. Tadi aku scroll ig macam biasa pastu nampak Bellaammara cakap dorang akan naik harga sebab gst. Maksudnya, contoh harga baju rm190+gst 6%. Seriuslah, gila apa kalau semua kedai buat camtu. Persoalan sekarang ni, company atau kedai- kedai semua ni bayar tax gst tu ikut setiap produk ke? Jadi, setiap baju atau tudung tu kerajaan kira 6% dari harga dia? Camnilah kan, kalau aku jual blouse harga rm100, dan aku dapat jual 60 helai, kerajaan akan caj rm6/helai dan total rm360 utk semua tu. Yekeeee????? Macam banyak sangat je. Aku yang tak faham atau kerajaan memang dah mereng, atau peniaga yang ambik kesempatan ni. Pusing kepala mak camni. hmmmmm..

Apa benda sebenarnya gst ni, tengok kat tv cakap tak akan membebankan. Sampai Muhyidin sanggup hilang undi tu kalau betul gst bebankan rakyat. Tengok pihak lagi satu cakap gst ni memang bencana lah kat ekonomi rakyat. Memang dasyat gila babi lah senang ceritanya. Adakah aku perlu jadi pakar ekonomi untuk betul-betul faham apa gst ni? Siapa yang sebenarnya jujur dalam menerangkan apa gst ni? hmmmmm.. Renung-renungkan, dan selamat beramal. Harap-harap aku masih mampu membesarkan 10 orang anak tanpa sesak nafas lepas gst nanti.

Monday, February 16, 2015

rezeki

Ia tak pernah mudah. Senang bercakap redhalah, semuanya di tangan Allah. Belum rezeki kita. Sabar, nanti sampai jugak waktunya. Serius, mulut bercakap seribu kali ganda lebih mudah dari hati yang merasa.

Kadang aku terfikir, apa lagi kurangnya. Nampak macam tak boleh terima kenyataan kan. Tapi ada waktunya aku susah untuk lari dari tanya soalan tu. Aku dah berusaha, semua yang tak boleh, yang berisiko walau sekecik mana memang aku terus tinggalkan. Mereka, semua tu jadi rutin, jadi sambal harian. Tapi rezeki merekalah.

Moga hati aku kuat untuk redha.

Tuesday, February 10, 2015

gemorning cikguu !!

Alhamdulillah dah seminggu lebih bergelar cikgu di bumi nogoghi ni. Tak sangka dan tak pernah terfikir walau sekali dalam hidup yang aku kan memulakan hidup berkeluarga di negeri orang. Dah tercatat mencari rezeki dan belajar hidup di sini maka aku redha, terima, dan pilih untuk bahagia.

Terlalu banyak nak dicerita, yang terbaru sekarang aku dah bergelar teacher. Camano den yg togagap-gagap nak speaking nak ajar english. Takpolah den tibai yo. Tapi serius tak tibai, aku memang nak sangat budak faham apa yang aku ajar. Dan beberapa kali masuk mengajar ni agaknya cinta tu dah berputik sedikit sedikit hiks. Tapi tetap sains di hatiku.

Berbeza cabarannya di sekolah ni, muridnya memang boleh dikatakan agak lemah dalam penguasaan bahasa inggeris berbanding tiga sekolah berpraktikum sebelum ni. Tapi aku anggap ini cabaran, yang sangat terlalu amat secebis kalau nak dibandingkan dengan tempoh masa 30 tahun yang belum ditempuh.


Tapi satu kejutan untuk aku. Aku sangka aku akan memberontak sehabis daya sebaik melangkah ke alam kerjaya ni, tapi sebaliknya yang berlaku. Aku makin cinta. Macam cinta pada suamiku, semakin hari semakin cinta. Mungkin faktor belum memegang apa-apa jawatan. haha. Ya, aku yakin itu faktor terbesar. Cuma fokus pada mengajar, siapa yang tak jatuh hati.

Aku yakin banyak nak ku coretkan tentang hidup apabila sudah melangkah ke alam kerjaya. Lagi banyak rempah dan perisa. Lagi menarik atau lebih tawar barangkali. Kita tunggu dan lihat sahaja.


ps: ni baru menulis style cikgu. tetiba teringat syukri hahahaha

Thursday, January 22, 2015

Prada lace murah !!

Ada stok baru sampai. Prada lace gred AAA tau. Memang cantik..bukan yg gred AA yang butik butik selalu letak kat dress tu haha. Boleh buat baju, veil, kain, shawl, skirt, macam-macamlah ikut kreativiti masing-masing ye. Nak order whatsapp 01127322445 terus tau. Jangan komen, nanti lambat respon.


indigo, mint



tangerine, teal

mint, baby blue

hitam, emerald

lilac, dusty pink




Okey, kalau suka meh order cepat. whatsapp 01127322445. Rm70/meter tak termasuk pos. Tak pun boleh pergi kat ig @lacenlace

Tuesday, January 13, 2015

cabaran PJJ

Okeh. Yang pasti ni bukan pengajian jarak jauh ke apa-apa yang berkaitan pendidikan la kan. Perkahwinan jarak jauh yang ingin sy perkatakan di sini yeee.

Tadi aku scroll fb macam biasa, pastu ada luahan hati senior aku ni, lelaki. Sentap weh aku baca, dia cakap dah beberapa tahun jauh dengan anak isteri. Yang sentapnya, dia cakap dia terganggu tengok perempuan lain dan dan dannnn dia cakap kalau dia berkemampuan dia mungkin kawin lagi sorang dah. Gulp! Serius aku rasa macam nangis. Aku sedih dengan keadaan dia, dan aku jugak takut untuk diri aku sendiri.

Setakat ni 7 bulan aku pjj dengan Wan. Ada waktu rasa macam frust gila, rasa dunia tak adil (boleh?)..ada waktu rasa bersyukur sangat, rasa positif yang aku boleh harungi dunia. Gagah sangat. Tapi memang tak mudah. Aku tak rasa ada orang yang akan cakap jauh dengan suami atau isteri tu mudah. Susah, sakit sumelah. Tapi tu cabaran, dan aku harap nanti posting aku dapatlah duduk serumah dengan Wan. 

Aku sangatlah clingy orangnya, kalau boifren aku balik, aku memang melekat je dgn dia. Saat paling perit nak cakap babai..pehhhhh..air mata ni toksah nak cite. Dan yang paling wajib, sehari lepas tu aku mesti rasa macam takde semangat nak hidup haha. Tapi serius mmg betul..terjelepok je atas kerusi. Menung..pape tah. 

Cabaran lainnya duitlah. Walau tak jauh mana Senawang tu dengan rumah aku, dengan keadaan ekonomi pengantin baru ni fahamla, kadang nak balik sini pun tak cukup duit nak isi minyak tol semua. Yang penting, pjj memang bagi kesan kat ekonomi family.

Ada banyak lagi sebenarnya cabaran dia, kelebihan pun ada..bukan takde langsung kan. Tapi kan, aku rasa cabaran paling susah nak dapat baby hewwww. Kalau orang yang memang senang dapat anak tu maybe ok la kan. Aku rasa aku ni jenis susah lekat la kot. Dahla susah lekat, asal Wan balik je aku period. kahkah. Sekali balik, sekali period. Sadis betul. Tak pun mesti dah lepas waktu fertile. Kalau nak kira-kira sebulan tu mau sekali je wuwuwu..siannya laki aku haha. Tapi takpelah, kalau dah rezeki camana pun dapat jugak kan.

Sekarang ni aku cuma berdoa doa doa yang aku akan dapat posting kat area Senawang tu. Nak betul-betul hidup macam suami isteri, sebab sekarang aku kadang rasa macam belum kawin. Apa lagi laki aku ye dak. Harap- harapla dapat..amin amin.. Penat la rindu- rindu.

Monday, January 12, 2015

nikmat

Ya Allah..aku bersyukur aku dipilih untuk menghargai nikmat nikmat dalam hidup.yess..

Ada orang yang lepas nikah terus dapat duduk serumah suami isteri. Rasa macam normal kan. Tapi tahu tak bagi aku tu salah satu nikmat Allah yang belum diizinkan untuk aku. Yela, contohnya malam ni kan aku teringin gila nak peluk suami aku, dan yaaaa aku kena tunggu 2 minggu untuk tunaikan keinginan aku. Tak ke sadis namanya. Tak ke duduk serumah dengan suami tu satu nikmat paling besar untuk mereka mereka yang mempunyainya. Belum sampai masanya untuk aku, dan aku akan terus sabar dan berdoa sampai waktu tu tiba untuk aku.

Yang kedua nikmat anak. Ada pasangan yang tak sempat pun nak period lepas nikah terus mengandung. Yaa dorang rasa nikmat tu. Tapi aku, yang setakat ni 7 bulan kecewa setiap kali tetamu tu datang, mengandung tu pasti nikmat yang paling besar dalam hidup. Walau pun belum tahap bertahun-tahun, tapi aku dah rasa kecewa sampai tahap menangis bila period. Sekarang takla, dah redha.

Tu cuma dua nikmat yang ditangguh untuk aku, dan aku yakin aku akan lebih merasai manisnya dua nikmat tu sebab aku tahu betapa susahnya nak dapat kan. Allah nak ajar aku bersyukur dan redha. Camane pun Allah dah bagi aku teman yg cukup sempurna untuk sama-sama lalui perjalanan hidup ni. Ada orang yang masih menanti nikmat bersuami.. alhamdulillah

bisnes tudung

Aku ni kan selama ni memang jual lace, borderlace, prada lace, sequin, dan sewaktu dengannya lah kan.. Alhamdulillah okey lah kan nak bernafas hujung-hujung bulan, shopping dua tiga bulan sekali. Sekarang ni kononnya nak kembangkan sayaplah gitu, nak jual tudung, shawl yang aku rasa memang passion aku dari dulu.

Masalahnya sekarang, susahnya nak dapat rentak jual tudung tu. Tak retiiiiii.. Camane aku nak bagi customer confident. Rasa gambar macam dah lawa, tudung pun lawa. Tapi liat betul nak terjual. Gewam itee.. kena iklan jugak kee.. Duit modal aku dah makin susut ni haha. Takpelah, cabaran ni..lek luuu.. Nanti dah mula orang beli tak cukup tangan ko. Jangan merungut pulak. Takpe husna, teruskan usaha. Jangan putus asa, try everything. Lagipun aku happy buat semua ni. Tak sangka pun boleh bisnes sampai tahap ni, dulu ingat nak kumpul duit kawin je. Alhamdulillah..harap-harap lepas ni aku post pasal stok tudung asik tak cukup je kihkih.

Wednesday, January 7, 2015

Bahagia

Malam ni sembang serius sikit dengan laki aku. Aku tanya dia, syg, kita bahagia tak? Mestila dia jawab bahagia. Nak ke ambik risiko cakap tak. Aku bukan apa, sekarang ni kat ig kat fb aku tengok macam semua bersungguh-sungguh betul nak membuktikan betapa bahagianya dia dengan isteri atau suami masing-masing, dengan anak, dengan macam-macamlah. Aku dengan wan ni memanglah spesis kayu tak romantik langsung kahkah. Sebab tu kot aku je yang rasa macam hekeleehhh dorang ni pape tah. Macam indah sangat je perkahwinan, percintaan bagai kan. Dah kawin tu aku boleh hadam lagi, ni belum kawin dah siap boleh merumuskan inilah kebahagiaan. fuhhh.. Goodluck saudariku, kau belum tahu hidup. Ceh gaya macam aku dah hidup seribu tahun.

Sebagai makhluk yang baru kawin enam. bulan lebih ni kan, yee aku tahu syok gila kot kawin. Mana tak syok malam ada orang peluk, bangun pagi boleh main hambur nafas dengan laki ko sape lagi busuk belum gosok gigi, boleh mintak sikatkan rambut lah sebutlah semua benda indah indah sangat tu. Tapi kannn..lek luu.. Rasanya kalau tak sungguh- sungguh explain kat orang siap lampiran bergambar betapa bahagianya kita rasanya tak luak pun bahagia yang kita rasa tu. Kesian na kat orang yang belum sampai masanya nak bahagia. Ujian orang berbeza, ada orang yang mengalir air mata tengok bahagia yang kita tunjuk, ada orang yang bergaduh dengan suami sebab kononnya suami tak romantik macam suami dia tu. Bukan sebab hatinya busuk, tapi itu fitrah dia untuk cemburu dengan kesempurnaan hidup orang lain.

Jangan membantu orang mendefinisikan bahagia dengan sesuatu. Macam bahagia tu selalu melancong, bahagia tu puji memuji pasangan depan orang lain, bahagia tu selalu pegi dating. Tak..kita ada bahagia yang tersendiri. Bila kita rasa senang, tersenyum paling ikhlas, hati rasa gebu-gebu tu lah bahagia. Ada orang bahagianya bila suami memasak untuk dia, ada orang bahagianya bila dia memasak untuk suami, dan ada orang yang bahagianya bila semua orang tahu dia sedang bahagia. Terpulanglah kan. Panjang pulak cerita bahagia aku ni, nampak sangat isteri kesunyian kahkah. Maklumlah takde sapa nak ajak bersembang, membebel sini panjang-panjang. Mata pun dah kuyu, eloklah kita turuuuuu...


Sunday, January 4, 2015

hati

hoi hati hoi hoi hoi.. aku takde masa nak wahai hati wahai hati dengan kau. degil, ketegak (betoi ka?). clean up. dry clean. mop. nazifah. bersih kan. cuci. suci. murni. resik.. apa lagi bahasa dah aku pun tak tau nak guna. kalau aku tengok hati ayam tu lembik je, agaknya hati aku tak macam tu kot. mesti keras gila yg boleh buat baling anjing anjing terus tingtong tu.

apa lagi yang tak cukup dengan hidup kau sayang? belajarlah tak pedulikan orang. biarlah dorang bahagia, sedih, gembira, atau kecewa. tak ada kaitan dengan hidup kau.. takdeeeeee.. hidup kau dah cukup warna. jangan iri, jangan marah, jangan bersangka sangka. hai hati org lain yang tak pedulikan orang, aku jeles. nanti bagi pinjam hati jap na. teringin nak tahu apa rasa dia. jadi orang yang ikhlas. yang cuma kisahkan diri sendiri, bukan selfish ye. ni pedulikan diri sendiri dengan cara yang baiklah. ni semua salah hanis zalikha dengan boifren dia. tetiba je aku nak cakap dorang bajet bajet sweetlah, tiru orang putih lah. jadahnyee ko kesah sangat cuna oi..jeles kee kahkah. tak jeles pun.. tu la namanya hati kurang bersih. tak gitu. biar dilantaknya orang nak buat apa bukan susahkan kita dak?


(aku rasa ni sindrom kena tinggal laki. sendiri lagi lepas 4 hari. hailaa nasib badan. alhamdulillah)