Okeh. Yang pasti ni bukan pengajian jarak jauh ke apa-apa yang berkaitan pendidikan la kan. Perkahwinan jarak jauh yang ingin sy perkatakan di sini yeee.
Tadi aku scroll fb macam biasa, pastu ada luahan hati senior aku ni, lelaki. Sentap weh aku baca, dia cakap dah beberapa tahun jauh dengan anak isteri. Yang sentapnya, dia cakap dia terganggu tengok perempuan lain dan dan dannnn dia cakap kalau dia berkemampuan dia mungkin kawin lagi sorang dah. Gulp! Serius aku rasa macam nangis. Aku sedih dengan keadaan dia, dan aku jugak takut untuk diri aku sendiri.
Setakat ni 7 bulan aku pjj dengan Wan. Ada waktu rasa macam frust gila, rasa dunia tak adil (boleh?)..ada waktu rasa bersyukur sangat, rasa positif yang aku boleh harungi dunia. Gagah sangat. Tapi memang tak mudah. Aku tak rasa ada orang yang akan cakap jauh dengan suami atau isteri tu mudah. Susah, sakit sumelah. Tapi tu cabaran, dan aku harap nanti posting aku dapatlah duduk serumah dengan Wan.
Aku sangatlah clingy orangnya, kalau boifren aku balik, aku memang melekat je dgn dia. Saat paling perit nak cakap babai..pehhhhh..air mata ni toksah nak cite. Dan yang paling wajib, sehari lepas tu aku mesti rasa macam takde semangat nak hidup haha. Tapi serius mmg betul..terjelepok je atas kerusi. Menung..pape tah.
Cabaran lainnya duitlah. Walau tak jauh mana Senawang tu dengan rumah aku, dengan keadaan ekonomi pengantin baru ni fahamla, kadang nak balik sini pun tak cukup duit nak isi minyak tol semua. Yang penting, pjj memang bagi kesan kat ekonomi family.
Ada banyak lagi sebenarnya cabaran dia, kelebihan pun ada..bukan takde langsung kan. Tapi kan, aku rasa cabaran paling susah nak dapat baby hewwww. Kalau orang yang memang senang dapat anak tu maybe ok la kan. Aku rasa aku ni jenis susah lekat la kot. Dahla susah lekat, asal Wan balik je aku period. kahkah. Sekali balik, sekali period. Sadis betul. Tak pun mesti dah lepas waktu fertile. Kalau nak kira-kira sebulan tu mau sekali je wuwuwu..siannya laki aku haha. Tapi takpelah, kalau dah rezeki camana pun dapat jugak kan.
Sekarang ni aku cuma berdoa doa doa yang aku akan dapat posting kat area Senawang tu. Nak betul-betul hidup macam suami isteri, sebab sekarang aku kadang rasa macam belum kawin. Apa lagi laki aku ye dak. Harap- harapla dapat..amin amin.. Penat la rindu- rindu.