Alhamdulillah dah seminggu lebih bergelar cikgu di bumi nogoghi ni. Tak sangka dan tak pernah terfikir walau sekali dalam hidup yang aku kan memulakan hidup berkeluarga di negeri orang. Dah tercatat mencari rezeki dan belajar hidup di sini maka aku redha, terima, dan pilih untuk bahagia.
Terlalu banyak nak dicerita, yang terbaru sekarang aku dah bergelar teacher. Camano den yg togagap-gagap nak speaking nak ajar english. Takpolah den tibai yo. Tapi serius tak tibai, aku memang nak sangat budak faham apa yang aku ajar. Dan beberapa kali masuk mengajar ni agaknya cinta tu dah berputik sedikit sedikit hiks. Tapi tetap sains di hatiku.
Berbeza cabarannya di sekolah ni, muridnya memang boleh dikatakan agak lemah dalam penguasaan bahasa inggeris berbanding tiga sekolah berpraktikum sebelum ni. Tapi aku anggap ini cabaran, yang sangat terlalu amat secebis kalau nak dibandingkan dengan tempoh masa 30 tahun yang belum ditempuh.
Tapi satu kejutan untuk aku. Aku sangka aku akan memberontak sehabis daya sebaik melangkah ke alam kerjaya ni, tapi sebaliknya yang berlaku. Aku makin cinta. Macam cinta pada suamiku, semakin hari semakin cinta. Mungkin faktor belum memegang apa-apa jawatan. haha. Ya, aku yakin itu faktor terbesar. Cuma fokus pada mengajar, siapa yang tak jatuh hati.
Aku yakin banyak nak ku coretkan tentang hidup apabila sudah melangkah ke alam kerjaya. Lagi banyak rempah dan perisa. Lagi menarik atau lebih tawar barangkali. Kita tunggu dan lihat sahaja.
ps: ni baru menulis style cikgu. tetiba teringat syukri hahahaha