Nak kawin haritu pun tak neves camni okey. Aku rasa nak berdesup pergi klinik skrg jugak. I need to know if my baby is still there. Wan cakap tenanglah, jangan fikir sangat. camanaaaaaa??? Ni badan aku, rahim aku. Melekat kat badan aku ni. Camane aku nak lupa? Dan paling penting, ni anak aku. Dah setahun aku tunggu dia datang. Bila dah melekat macam ni pulak. Allah memang tengah uji emosi aku. Harap aku tak gila nak tunggu Jumaat depan. Sekarang ni aku dah separuh gila okey. Harap-harap baby okey..
Sunday, August 23, 2015
Tuesday, August 18, 2015
penat
Akhir-akhir ni aku perasan emosi laki bini masing-masing huru hara. Bila aku ingat-ingat balik yelah kan dah dekat 4 minggu ni memang kami ni takde rehat. 3 minggu lepas ke Melaka hantar Naim. Minggu lepas tu ke Pagoh anak Bik Ru kawin, minggu ni ke Batu Pahat tengok Azi tauliah inspektor. Dengan hormon aku yang tak tentu hala ni. Period 10 hari tak pernah-pernah, dgn stress baby aku yg tak jadi. Allah sayang aku. Sesekali dia cuma jentik dengan benda-benda kecik camni dah nak depressed sangat poyo lebih.
Bila hati tengah macam ni, aku mesti cari semangat dengan ingat apa-apa yang aku pernah baca atau dengar. Bila rasa nak mengeluh macam ni, aku selalu fikir ni ke tindakan orang bersyukur. Aku selalu cakap syukur apa yang ada, tapi bila macam ni dah nak mengeluh. Syukurlah sangat kan. Kak Di pernah tulis yang Allah nak bagi kita rezeki ni ikut sikap. Kalau dia bagi kita gaji 3000 pun kita tak boleh hargai, tak manfaatkan ubtuk benda yang memanfaatkan orang, macamana dia nak bagi kita gaji rm10k? Allah bagi aku suami, pun aku dah nak mengeluh penat, camana dia nak bagi aku zuriat. Baru buat bisnes untung 4-500 sebulan dah mengeluh penat, camane dia nak bagi aku untung 2-3k sebulan? Syukurlah hati. Bahagialah dengan apa dia beri sama ada kita suka atau tak. Apa yang dia beri semua bersebab. Lets be happy.
Tuesday, August 11, 2015
broken
Aku ni memang spesies susah stress sebab aku selalu buat semua benda jadi mudah. Satu je pegangan hidup aku, semua benda dicipta berpasangan. Allah akan hadirkan masalah dengan penyelesaiannya, macam jodoh, cepat atau lambat kita akan jumpa jugak penyelesaian masalah kita.
Sepanjang 1 tahun lebih perkahwinan aku dgn Wan, aku bahagia. Tapi perjalanan bahagia tanpa anak ni memang penuh ombak, obor-obor yang asik nak menyengat. Kadang aku boleh elak, kadang aku yang rela dielak. Setiap bulan bila dekat dengan tarikh period adalah hari paling mendebarkan untuk aku. Bila sampai harinya, aku akan menangis menangis dan menangis. Rasanya dah hampir 6-8 bulan aku akan lalui benda yang sama. Aku tak tau lah normal ke tak untuk orang uang baru setahun kawin, belum ada zuriat berkeadaan macam ni. Entahlah aku tak peduli. Sebenarnya Wan sendiri pun tak tahu yang aku tengah struggle hadapi benda ni. Ye dia tau aku stress, tapi taklah sampai tahap ni. Tapi bulan ni tahap aku broken, aku patah.
I had my chemical pregnancy, and it hurts me. Aku hancur.
Subscribe to:
Posts (Atom)