Ingatkan bulan ni akan lebih mudah dan tenang. Rupanya mimpi di siang hari. Tapi lebih baik lah kot dari bulan lepas. Bulan lepas dari cd1 aku dah huru hara fikir nak pregnant, over. Bulan ni, pada hari ini iaitu lagi 6 hari nak af. Maka gemutuh itu datang lagi. Mengocak hati dan otak. Dan aku serabut.
Bulan lepas siap ada spotting seminggu sebelum period, 2 hari. Sama macam aku mc sebelum ni. Berbunga hati beb, serius macam wah besarnya potensi mungkin aku pregnant lagi. Belum diizinkan Allah, af datang dua hari awal dari dijangka. Bulan ni aku decide tak makan apa apa supplement. Konon tak nak fikir sangat, tapi hari ini aku tewas.
Dan bulan lepas aku terjumpa artikel ni, katanya stress orang yang struggle dengan infertility macam aku ni sama level dengan stress orang menghidap kanser. Agaknya betul, sebab bila bila sahaja airmata aku ni sedap mengalir, kadang tak ada punca tiba-tiba stress sendiri. Tak ingat bila saat terakhir aku tak fikir pasal baby. Dan tadi juga aku terjumpa ayat ni, kesenangan yang datang dengan sebelum bencana datang, itu bala. Kesukaran yang panjang sebelum datang nikmat, itu ujian. Allah tahu aku lebih mampu menanggung ujian dari menanggung bala.Alhamdulillah.