Wednesday, January 6, 2016

boss

tuhan
aku tersimpang
mahu emas atau permata

Harini rasa nekad hati nak berhenti kerja. Rasanya suamiku lebih dari mampu untuk menyara aku. Aku sayang anak anak kat sekolah tu, tapi entah aku ni ego kan. Dapat bos tak semenggah. Apa yang dia dengki kat aku pun aku tak tahu.

Monday, January 4, 2016

emosi

ingat dulu dah terkebumi sifatku yg ini

menulis emosi dalam bahasa tak pasti

hari ini bila ujian memaksa aku datang menghadap. aku tewas dalam garit senyum

entah apa rasa. tuhan saja yang tahu

darah

darah ini bukan yang biasa
tak nampak luka
tanda sempurna
tapi aku tahu cacatnya

petanda cukup sepurnama
lagi
airmata. kecewa.

kadang aku tak tahu
ini tanda gagah ku makin tinggi
atau sakit yg makin dalam

jauh dari sangka
sungguh tak jangka
bahawa darah itu mampu membunuh lebih dari luka
lebih dari cedera

ini cerita tentang darah
bukan darah yang kau kenal
ini sahabat dan musuhku dalam satu muka

LELAH

aku tahu insan ujiannya beza. ada yang diuji kepinginkan bunga, ada yang diuji kerana hadirnya bunga. aku tak keluh tuhan. cuma bila semua berlapis menghenyak. aku lemas dan teringin tewas. aku teringin tewas, tapi aku tak mampu.

kata tuhan, sabar. bahumu ku uji ada sebabnya. aku tahu tuhan. aku tahu. aku tahu hikmah. agaknya nyawa tabahku dan makin malap. mungkin.

tapi ada sisanya. bila satu batu terhantuk kepala, aku usap sahaja tuhan dengan sisip 'aduh'. batu kedua. batu ketiga. batu keempat. lelah

kasihan aku tuhan. kasihani aku wahai maha mengasihani