Sunday, June 30, 2019

Suri rumah vs kerja

Lebih kurang seminggu lagi tamatlah cuti bersalinkuuuu.
Dan semakin dekat tarikh, mesti rasa makin sayu.
Mungkin satu hari nanti Allah makbulkan impian nak jadi suri rumah, amin.

Dengan pengalaman menjadi suri rumah selama beberapa minggu ni, aku nak kata yang jadi surirumah lagi sedap dari jadi perempuan bekerja.
Ni pendapat peribadi, kau tak setuju sukatilah 😂

1. Stress
Kat tempat kerja aku kena ikut dateline boss, cara bekerja ikut boss, peraturan semua ditetapkan boss.
Senang cerita kalau boss banyak songeh, memang meranalah hidup.
Tapi, jadi surirumah kannn kaulah boss, kaulah kuli.
Aku nak mop rumah tiap hari ke, seminggu sekali sukahati perut aku lah.
Kat tempat kerja, boss cakap harini kena siap, harinilah ko siapkan.

2. Penat
Yeee, surirumah penat sangat.
Tapi kerja pun penat.
Dah seharian kerja, balik rumah kena jugak masuk dapur, basuh baju, kemas rumah, layan anak, layan suami.
Kalau surirumah, memang tu lah kerja kita.
Lagi-lagi kalau anak dah sekolah, boleh rehat waktu tu.

3. Masa
Bab pengurusan masa, kerja ni surirumah kena pandai rancang.
Tak payahlah hari hari kau nak vakum, mop satu rumah basuh sental tandas dapur semua.
Helloooo, kita boss kan.
Hari Isnin sental dapur.
Selasa vakum mop satu rumah.
Ahad, Rabu sental tandas.
Yang jadi penat bila semuaaaa benda tu pergi buat hari-hari lepastu pressure diri sendiri.
Ingat, kita BOSS !
Jangan pulak mentang kau boss Isnin sampai Ahad manjang ko tidur.

4. Anak
Pada aku ni win point untuk surirumah.
Boleh sapa anak bangun pagi, tengok baby senyum bila bangun tidur tu yaAllah memang tak terbanding apa pun kat dunia ni.
Habiskan masa dengan anak, main, ajar anak.
Bukan nak kata kerja tak boleh habis masa dengan anak, tapi aku sendiri bila balik kerja kita dah penat settlekan semua benda kat tempat kerja.
Badan dah letih, nak uruskan rumah lagi.
Mana nak berkejar dengan anak lagi.
Silap silap anak mengendeng kena tengking.
Kesian anak tu.

Ini je lah sempat nak list, ini pendapat peribadi.
Kalaulah suami tiba-tiba cakap yang awak mohon berhenti kerjalah tahun depan, org rasa org dah boleh tanggung semua termasuk nafsu shopping awak yg tak terbendung tu 😂.
Memang aku lah manusia terbahagia.

*alhamdulillah sekarang masih bekerja dengan gaji yang alhamdulillah cukup nak shopping barang anak setiap bulan.

Tuesday, June 18, 2019

Dua

Dua penuh makna
Satu diharap dalam tujuh tiga kosong
Yang dua dalam dua purnama cuma

Yang satu arjuna
Yang dua bunga
Lengkap sempurna mereka kata

Aku
Sempurna seadanya
Andai muncul tiga
Tak cukup hati, semesta tadah syukur

Andai noktah pada dua
Langit tujuh tinggi
Tak cukup buat hargai

Alhamdulillah
Bahagia

..buat dua cinta hati ibu, RH & HA..