8/7/2019
Hari pertama ibu nak ajar botol susu.
FAILED !
Dia punya menangis ya tuhan macam ibu cubit dia.
Masa Hilman guna Pigeon Widenec tear saiz ss sampai lah sekarang ni.
Memang kalau nak ajar anak susu botol pigeon wide neck ni 80% mak mak akan suggest.
Sebabb
- mimic nilpple ibu
- lembut, tak percaya try hisap haha
Dann memang berjaya untuk Hilman.
Doakan Hasya okay je kat rumah pengasuh, risau sangat ni.
Ni jugak salah satu point housewife vs working mom, housewife sangat mudah nak full breastfeed anak.
Takyah pam pam, ajar anak botol.
Selak je jalann.
Okbai nak sambung ajar anak botol
life.
hidup dan cinta
Sunday, July 7, 2019
Sunday, June 30, 2019
Suri rumah vs kerja
Lebih kurang seminggu lagi tamatlah cuti bersalinkuuuu.
Dan semakin dekat tarikh, mesti rasa makin sayu.
Mungkin satu hari nanti Allah makbulkan impian nak jadi suri rumah, amin.
Dengan pengalaman menjadi suri rumah selama beberapa minggu ni, aku nak kata yang jadi surirumah lagi sedap dari jadi perempuan bekerja.
Ni pendapat peribadi, kau tak setuju sukatilah 😂
1. Stress
Kat tempat kerja aku kena ikut dateline boss, cara bekerja ikut boss, peraturan semua ditetapkan boss.
Senang cerita kalau boss banyak songeh, memang meranalah hidup.
Tapi, jadi surirumah kannn kaulah boss, kaulah kuli.
Aku nak mop rumah tiap hari ke, seminggu sekali sukahati perut aku lah.
Kat tempat kerja, boss cakap harini kena siap, harinilah ko siapkan.
2. Penat
Yeee, surirumah penat sangat.
Tapi kerja pun penat.
Dah seharian kerja, balik rumah kena jugak masuk dapur, basuh baju, kemas rumah, layan anak, layan suami.
Kalau surirumah, memang tu lah kerja kita.
Lagi-lagi kalau anak dah sekolah, boleh rehat waktu tu.
3. Masa
Bab pengurusan masa, kerja ni surirumah kena pandai rancang.
Tak payahlah hari hari kau nak vakum, mop satu rumah basuh sental tandas dapur semua.
Helloooo, kita boss kan.
Hari Isnin sental dapur.
Selasa vakum mop satu rumah.
Ahad, Rabu sental tandas.
Yang jadi penat bila semuaaaa benda tu pergi buat hari-hari lepastu pressure diri sendiri.
Ingat, kita BOSS !
Jangan pulak mentang kau boss Isnin sampai Ahad manjang ko tidur.
4. Anak
Pada aku ni win point untuk surirumah.
Boleh sapa anak bangun pagi, tengok baby senyum bila bangun tidur tu yaAllah memang tak terbanding apa pun kat dunia ni.
Habiskan masa dengan anak, main, ajar anak.
Bukan nak kata kerja tak boleh habis masa dengan anak, tapi aku sendiri bila balik kerja kita dah penat settlekan semua benda kat tempat kerja.
Badan dah letih, nak uruskan rumah lagi.
Mana nak berkejar dengan anak lagi.
Silap silap anak mengendeng kena tengking.
Kesian anak tu.
Ini je lah sempat nak list, ini pendapat peribadi.
Kalaulah suami tiba-tiba cakap yang awak mohon berhenti kerjalah tahun depan, org rasa org dah boleh tanggung semua termasuk nafsu shopping awak yg tak terbendung tu 😂.
Memang aku lah manusia terbahagia.
*alhamdulillah sekarang masih bekerja dengan gaji yang alhamdulillah cukup nak shopping barang anak setiap bulan.

Tuesday, June 18, 2019
Dua
Dua penuh makna
Satu diharap dalam tujuh tiga kosong
Yang dua dalam dua purnama cuma
Yang satu arjuna
Yang dua bunga
Lengkap sempurna mereka kata
Aku
Sempurna seadanya
Andai muncul tiga
Tak cukup hati, semesta tadah syukur
Andai noktah pada dua
Langit tujuh tinggi
Tak cukup buat hargai
Alhamdulillah
Bahagia
..buat dua cinta hati ibu, RH & HA..
Satu diharap dalam tujuh tiga kosong
Yang dua dalam dua purnama cuma
Yang satu arjuna
Yang dua bunga
Lengkap sempurna mereka kata
Aku
Sempurna seadanya
Andai muncul tiga
Tak cukup hati, semesta tadah syukur
Andai noktah pada dua
Langit tujuh tinggi
Tak cukup buat hargai
Alhamdulillah
Bahagia
..buat dua cinta hati ibu, RH & HA..
Thursday, July 28, 2016
I'm 9 weeks pregnant !
Alhamdulillah. Disahkan mengandung buat kali ketiga. Fasa penuh trauma, teruja, neves gila, kesyukuran, dan macam-macam lagi. Fuh.
Hampir setiap minggu ada appointment di KD atau KK. Lagi dua minggu siap ada dua appointment, selasa follow up ectopic. Khamis kena ke KD sebab berat statik tak naik ðŸ˜. Biasa berat 47kg, bila buat buku merah 45.4kg, timbang tadi lepas sebulan pun 45.4kg. Untuk trimester pertama wajib naik 0.5kg sebulan ye, kalau tak appointment sebulan sekali akan jadi dua minggu sekali. Alhamdulillah HB cantik misi kata, 14.9.
Alahan boleh tahan, tapi masih boleh bertahan hehe. Pagi wajib muntah ye, round pertama jernih kuning. Round kedua muntah hijau. Kau ado? Pastu lembik sepanjang pagi kat tempat kerja. Sarapan okay sikit bila sampai loya memang macam kain buruk. Nanti nak maghrib tu muntah lagi habis semua makan tengah hari dengan kudapan petang. Sedih tengok makanan sedap keluar balik.
Semoga kali ni baby kuat semangat. Bertahan segagahnya dan aku pun kuat dan ikhlas sepanjang memgandung ni. Tak sabar rasanya nak menyambut orang baru dalam hidup. Belum masuk 3 bulan lagi dah tak sabar kah! Harap-harap rajin selalu tulis pengalaman pregnant kat sini. Nanti dah tua boleh baca, bagi anak baca. Jauh betul pemikiran aku. Tunggu pakwe balik kerja ni, sian hari-hari balik lambat. Penat jaga isteri mengandung, kerja lagi. Moga Allah merahmatimu suami ❤️
Thursday, June 23, 2016
my ectopic pregnancy
Hampir 3 bulan kehilangan kandunganku yang kedua. Buat kali pertama saat ini, aku meratapi kehilangannya. Dari saat pertama doktor maklumkan aku perlu dibedah segera, semuanya bagai mimpi. Numb. Aku hilang upaya untuk merasa emosi.
Tak ada setitis air mata yang turun dari saat itu sampailah hari ini. 23 Jun 2016. Dari tarikh 31 Mac 2016, ini saat pertama hati aku rasa sedihnya kehilangan.
Agaknya, untuk melindungi aku dari terlalu sedih.
Selamat tinggal zuriatku yg kedua, ibu akan selalu merindui.
Dengan ikhlas aku korbankan tiub kiriku, untuk nikmat mengandungkanmu yang cuma berapa saat.
Hari ini, kandungan ketiga sudah mencecah lima minggu. Takdir Allah aku tak mampu lawan. Jika ini kali terakhir aku menulis tentangmu dalam diari peribadiku ini anak, tahulah bahawa ibu telah menyayangimu. Moga Allah izinkan ibu untuk terus mencoret tentangmu dalam wadah ini. Moga Allah izinkan untuk aku memeluk anakku yang ketiga.
Aku redha Allah. Aku redha.
i'm pregnant, again.
Seminggu lepas, aku test upt. Alhamdulillah drngan tangan gigil gigil dan mamai. Naik dua line. Kabur. Dan berlalulah seminggu penuh bahagia.
Hari jumaat malam, bermulalah episod huru hara yang 80% sama dengan pregnancy aku sebelum ni yang tak berjaya. Ada spotting, atau boleh kata bleeding. Gila kau tak tentu arah aku, terus ingat balik perasaan masa gugur bulan 8 tahun lepas. Malam tu nak pergi klinik memang sahihla takde yang buka. Dengan tak keruan tunggu sampai esok pagi. Perut cramping tapi light je. Dalam hati memang fikir aku rasa aku dah hilang baby ni.
Esok pagi terus bersiap tengok klinik Dr. Rama dannnnn tutup. Okey terus shoot ke Hospital Bersalin Sukhilmi, Senawang. Samapai sana alhamdulillah takde orang sangat. Terus doktor scan dan mestilah tak nampak pape kan kecuali dinding menebal. Doktor cakap insyaAllah ada harapan. Pastu buat upt test, dan alhamdulillah positif lagi. Doktor bagi ubat Utrogestan 100mg. Aku kan memang nak pregnant sangat jadi memang selalu dengarlah nama ubat ni selain Duphaston. Doktor cakap tengah proses nak menempel jadi ubat ni macam bagi sokongan lah bekalkan hormon supaya proses menempel tu jadi lagi kuat.
Doktor pesan kalau bleeding stop, insyaAllah ada rezeki. Kalau tak memang tak boleh nak buat apa. Pastu aku tanya perlu ambik cuti tak, dia cakap tak perlu buat je macam biasa. Korang fikir aku dengar, memang takla derr. Aku cuti harini, isnin dan insyaAllah sambung esok. Aku tunggu dekat dua tahun ni, cuti setahun takde gaji pun aku sanggup haha.
Total bayar rm200 lebih aku tak ingat Wan yang bayar. Ubat tu rm8 seketul ye puan puan. Tapi takpe nak, Demimu lautan api sanggup ku redah.
Harini masih cramping dan ada lagi spotting sikit-sikit. Kepala banyak pusing woo dan mata mac ngantuk dah dua hari tak tidur. Ini serius. Aku sebenarnya berazam taknak test upt sampai Jumaat ni dan macam biasa iman tak kuat buat dah pagi ni. Makin pekat alhamdulillah.
Wednesday, January 6, 2016
boss
tuhan
aku tersimpang
mahu emas atau permata
Harini rasa nekad hati nak berhenti kerja. Rasanya suamiku lebih dari mampu untuk menyara aku. Aku sayang anak anak kat sekolah tu, tapi entah aku ni ego kan. Dapat bos tak semenggah. Apa yang dia dengki kat aku pun aku tak tahu.

Subscribe to:
Posts (Atom)