Seminggu lepas, aku test upt. Alhamdulillah drngan tangan gigil gigil dan mamai. Naik dua line. Kabur. Dan berlalulah seminggu penuh bahagia.
Hari jumaat malam, bermulalah episod huru hara yang 80% sama dengan pregnancy aku sebelum ni yang tak berjaya. Ada spotting, atau boleh kata bleeding. Gila kau tak tentu arah aku, terus ingat balik perasaan masa gugur bulan 8 tahun lepas. Malam tu nak pergi klinik memang sahihla takde yang buka. Dengan tak keruan tunggu sampai esok pagi. Perut cramping tapi light je. Dalam hati memang fikir aku rasa aku dah hilang baby ni.
Esok pagi terus bersiap tengok klinik Dr. Rama dannnnn tutup. Okey terus shoot ke Hospital Bersalin Sukhilmi, Senawang. Samapai sana alhamdulillah takde orang sangat. Terus doktor scan dan mestilah tak nampak pape kan kecuali dinding menebal. Doktor cakap insyaAllah ada harapan. Pastu buat upt test, dan alhamdulillah positif lagi. Doktor bagi ubat Utrogestan 100mg. Aku kan memang nak pregnant sangat jadi memang selalu dengarlah nama ubat ni selain Duphaston. Doktor cakap tengah proses nak menempel jadi ubat ni macam bagi sokongan lah bekalkan hormon supaya proses menempel tu jadi lagi kuat.
Doktor pesan kalau bleeding stop, insyaAllah ada rezeki. Kalau tak memang tak boleh nak buat apa. Pastu aku tanya perlu ambik cuti tak, dia cakap tak perlu buat je macam biasa. Korang fikir aku dengar, memang takla derr. Aku cuti harini, isnin dan insyaAllah sambung esok. Aku tunggu dekat dua tahun ni, cuti setahun takde gaji pun aku sanggup haha.
Total bayar rm200 lebih aku tak ingat Wan yang bayar. Ubat tu rm8 seketul ye puan puan. Tapi takpe nak, Demimu lautan api sanggup ku redah.
Harini masih cramping dan ada lagi spotting sikit-sikit. Kepala banyak pusing woo dan mata mac ngantuk dah dua hari tak tidur. Ini serius. Aku sebenarnya berazam taknak test upt sampai Jumaat ni dan macam biasa iman tak kuat buat dah pagi ni. Makin pekat alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment