Alhamdulillah. Disahkan mengandung buat kali ketiga. Fasa penuh trauma, teruja, neves gila, kesyukuran, dan macam-macam lagi. Fuh.
Hampir setiap minggu ada appointment di KD atau KK. Lagi dua minggu siap ada dua appointment, selasa follow up ectopic. Khamis kena ke KD sebab berat statik tak naik ðŸ˜. Biasa berat 47kg, bila buat buku merah 45.4kg, timbang tadi lepas sebulan pun 45.4kg. Untuk trimester pertama wajib naik 0.5kg sebulan ye, kalau tak appointment sebulan sekali akan jadi dua minggu sekali. Alhamdulillah HB cantik misi kata, 14.9.
Alahan boleh tahan, tapi masih boleh bertahan hehe. Pagi wajib muntah ye, round pertama jernih kuning. Round kedua muntah hijau. Kau ado? Pastu lembik sepanjang pagi kat tempat kerja. Sarapan okay sikit bila sampai loya memang macam kain buruk. Nanti nak maghrib tu muntah lagi habis semua makan tengah hari dengan kudapan petang. Sedih tengok makanan sedap keluar balik.
Semoga kali ni baby kuat semangat. Bertahan segagahnya dan aku pun kuat dan ikhlas sepanjang memgandung ni. Tak sabar rasanya nak menyambut orang baru dalam hidup. Belum masuk 3 bulan lagi dah tak sabar kah! Harap-harap rajin selalu tulis pengalaman pregnant kat sini. Nanti dah tua boleh baca, bagi anak baca. Jauh betul pemikiran aku. Tunggu pakwe balik kerja ni, sian hari-hari balik lambat. Penat jaga isteri mengandung, kerja lagi. Moga Allah merahmatimu suami ❤️